Saturday, August 18, 2018

Surau Raudhatul Muttaqiin Menerima Tetamu Lagi

Pada 17 Ogos 2018, Surau Raudhatul Muttaqiin sekali lagi dikunjungi oleh pelawat sempena penilaian bagi Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2018. Surau Raudhatul Muttaqiin merupakan antara Bilik Rangkaian PSS SMKASR yang merupakan sekolah di dalam pusat sumber.





 

KARNIVAL KOKURIKULUM : PENDIDIKAN ISLAM

Pada hari Rabu, 15 Ogos 2018 telah diadakan pertandingan Hafazan bertempat di Surau Raudhatul Muttaqiin. Pertandingan ini diadakan sempena Karnival Kokurikulum Peringkat Sekolah. Aktiviti ini telah dapat mencungkil bakat-bakat baru Hafiz dan Hafizah yang akan meneruskan legasi Para Huffaz yang sentiasa dilahirkan oleh SMKASR.



JANNATU AT-TIN Dinaik Taraf Lagi

Pada hujung minggu lalu Taman Surgawi JANNATU  AT-TIN di Surau Raudhatul Muttaqiin sekali lagi mendapat sentuhan naik taraf oleh guru-guru & pelajar-pelajar SMKASR... Syabas!!







Tuesday, August 7, 2018

Friday, August 3, 2018

FADHILAT IBADAT KORBAN

Khutbah Jumaat di SURAUMU pada hari ini disampaikan oleh Tuan Pengetua Ustaz Azman bin Yusof membicarakan tentang Kelebihan Ibadat Korban.