Dialog Prestasi Bahasa Arab Tingkatan 5
Tarikh : 21 April 2019
Masa : 3:30 - 4:30 petang
Tempat : Surau Raudhatul Muttaqiin, SMKASR
Ketua Panitia Bahasa Arab bersama-sama dengan beberapa orang pelajar yang belum menguasai B.Arab berdialog bagi mencari jalan menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran bahasa Arab sebelum mereka menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019.
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Sunday, April 21, 2019
Thursday, April 4, 2019
Bengkel Bahasa Arab Tingkatan Satu
Bengkel Bahasa Arab Tingkatan 1 Bersama Ustazah Jasnani telah diadakan di Surau Raudhatul Muttaqiin pada 4 April 2019.
Monday, February 18, 2019
KULIAH ASAR SAHIBUSSAMAHAH S MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
PROGRAM : KULIAH ASAR
PENYAMPAI : SAHIBUSSAMAHAH DATO' SERI DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
TARIKH : 18 FEBRUARI 2019
MASA : 5:15 - 6:15 PETANG
TEMPAT : SURAU RAUDHATUL MUTTAQIIN
PESERTA : SEMUA PELAJAR & GURU
PENYAMPAI : SAHIBUSSAMAHAH DATO' SERI DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
TARIKH : 18 FEBRUARI 2019
MASA : 5:15 - 6:15 PETANG
TEMPAT : SURAU RAUDHATUL MUTTAQIIN
PESERTA : SEMUA PELAJAR & GURU
Saturday, November 10, 2018
HALAQAH ILMU 4 BIDANG DI SURAU RAUDHATUL MUTTAQIIN
Terdapat
empat tiang utama di dalam Surau Raudhatul Muttaqiin. Terinspirasikan daripada Masjid
4 Mazhab di Kaherah, Mesir di mana berlaku pengajian pelbagai aliran mazhab
utama dalam Islam di sana dengan aman dan harmoni tanpa wujud provokasi dan
perbalahan. Halaqah Ilmu 4 Bidang ini juga terinspirasikan dengan
Halaqah-halaqah ilmu yang wujud di Masjidil Haram, Mekah.
Sehubungan
itu, sesuai dengan objektif surau Raudhatul Mutaqiin dalam melahirkan pelajar
yang berilmu pengetahuan dan beramal dalam segala aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek, serta berjaya di dunia dan di akhirat, maka keempat-empat tiang
utama di surau ini dikhususkan kepada 4 bidang mata pelajaran selain
daripada bidang Pendidikan Islam. Guru-guru mata pelajaran bidang-bidang
berkenaan akan menggunakan Halaqah ini sebagai suatu alternatif bagi
menjalankan aktiviti PdPc.
Meja khas
untuk guru juga di sediakan di sini, manakala pelajar akan menggunakan rehal
semasa aktiviti PdPc berlangsung di sini. Buku-buku rujukan juga disediakan di
rak yang terdapat di setiap tiang ini. Pelajar-pelajar boleh merujuk buku-buku
rujukan yang terdapat di sini ketika mereka mengulangkaji di surau.
Hal ini akan
meluaskan lagi fungsi dan peranan Surau Raudhatul Muttaqiin yang tidak hanya
menjadi tempat bagi aktiviti-aktiviti pendidikan islam dan bercorak keagamaan
sahaja, bahkan menjadi tempat aktiviti pembelajaran bagi ilmu-ilmu akdemik
lain.
Keempat-empat
tiang ini diberi nama nama tokoh-tokoh Islam dalam bidang-bidang mata pelajaran
berkenaan sebagaimana berikut :
1.
Bidang Bahasa : al-Marbawi/المربوي
a.
Mohammas Idris bin Abd Raof Al-Marbawi merupakan tokoh ilmuan islam Tanah Melayu yang meguasai ilmu bahasa
Arab. Beliau telah menghasilkan karya-karya berharga kepada penuntut dan
pejuang bahasa Arab di Malaysia.
b.
Antara karya agong yang dihasilkan oleh beliau ialah
KAMUS DWI BAHASA ARAB-MELAYU AL-MARBAWI . pada tahun 1925. Kamus ini sangat
masyhur pada waktu itu dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Ia terus digunakan
sehingga ke hari ini dan telah diulang cetak berulang kali. Kamus al-Marbawi
menjadi terkenal sehingga ke hari ini.
2.
Bidang Kemanusiaan : al-Farabi/الفرابي
a. Abu
Al-Nasr Al-Farabi seorang tokoh terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan
sosiologi. Beliau boleh dianggap sebagai ahli falsafah
Islam pertama yang mengemukakan sistem falsafah tersendiri yang holistik.
Beliau digelar sebagai al-Mu’allim al-Tsani (Guru Kedua) dalam ilmu logik dan
falsafah setelah Aristotle. Karya- karya beliau khususnya dalam bidang logik,
klasifikasi ilmu dan politik masih dikaji di Timur dan Barat sehingga hari ini.
b. Sebagai seorang
ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku
seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang
sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai
bidang/
c. Al-Farabi
berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk
tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat
diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan
seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang
baik dapat diteliti. Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau
tindakan dan cara hidup yang dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah
dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam
hubungan akal.
3.
Bidang Sains/Matematik : al-Kindi/الكندي
a.
Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi Al-Kindi merupakan seorang doktor.Beliau merupakan
ahli farmakologi pertama untuk menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul
untuk kebanyakan daripada dadah-dadah yang terdapat pada masa itu. Dalam
matematik, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khas bagi sistem
nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. al-Kindi juga
mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arabs.
b.
Al-Kindi menulis sekurang-kurangnya dua ratus lima
puluh buah buku, kebanyakannya sumbangannya bagi geometri (tiga puluh dua buah
buku), falsafah dan perubatan (dua puluh dua buah buku setiap satu), logik
(sembilan buah buku), dan fizik (dua belas buah buku).
4.
Bidang Teknik/Vokasional : al-Jazari/الجزري
a.
Al-Jazari atau nama sebenarnya Badiuzzaman Abu Al-‘Iz
Abu Bakr Ismail adalah seorang tokoh besar Islam dan
tersohor dalam bidang kejuruteraan Mekanikal Binaan. Penemuannya dalam
bidang tersebut merupakan contoh dan acuan bagi dunia arkitek pada masa
kemajuan peradaban Arab dan Islam.
b.
Penemuan Al-Jazari berupa peralatan kejuruteraan dan
peralatan industri. Penemuan Al-Jazari ini adalah berdasarkan bukunya “Fi Ma’rifat
Al-Hiyal Al-Handasiyah” (Mengenali Alat Kejuruteraan). Buku ini diberi judul
demikian kerana Al-Jazari mengabungkan pengetahuan ilmiah dan hasil
percubaannya dalam membuat peralatan tersebut, sehingga jadilah peralatan yang
uggul. Al-Jazari telah menulis buku ini dan melengkapinya dengan gambar-gambar
dan berbagai bentuk penjelasan.
Monday, July 23, 2018
Adab Berdebat Menurut Islam
|
D
DEBAT YANG DILARANG
§ Memperdebatkan kewujudan Allah
§ Memperdebatkan kewujudan Al-Quran
§ Memperdebatkan ayat-ayat Allah
DEBAT YANG MAKRUH
§ Memperdebatkan kebenaran yang sudah jelas dan nyata.
TUJUAN DEBAT
§ Menambah ketakwaan, iaitu mendekatkan pada Allah
§ Diniatkan untuk memastikan kebenaran yang benar dan membatilkan yang batil
§ Bukan untuk mencari publisiti, kedudukan, sokongan dan seumpamanya.
§ Diniatkan untuk memberi nasihat
§ Diawali dengan memuji Allah SWT dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW
SYARAT DEBAT
§ Memohon petunjuk daripada Allah
§ Mempersiapkan cara dan metod debat yang baik, ringkas dan padat
§ Bersetuju dan syarat perdebatan
§ Berdebat dengan orang kafir, bukan pada masalah cabang perundangan Islam
§ Suara tidak terlalu kuat
§ Tidak merendahkan dan menghina lawan
§ Sabar menghadapi karenah lawan
§ Tidak mencari kesalahan lawan
§ Mendengar dengan baik perkataan lawan
§ Wajah dihadapkan pada lawan
§ Tidak bersikap ‘ujub
§ Berdebat di tempat yang aman dan tidak mempersendakan agama
ETIKA DEBAT
§ Berdebat dengan orang yang dikehendaki sahaja
§ Tidak bermaksud untuk mengalahkan lawan
§ Tidak memanjangkan perdebatan ketika dan selepas itu
§ Tidak berdiskusi dengan orang yang tidak mendasari ilmu
§ Tidak takut untuk menerima kebenaran
§ Tidak boleh menggangu ketika lawan sedang berhujah
|
Subscribe to:
Posts (Atom)











