Showing posts with label Ziarah. Show all posts
Showing posts with label Ziarah. Show all posts

Wednesday, April 24, 2019

LAWATAN PENANDA ARAS LAGI...

Pada 24 April 2019, Surau Raudhatul Muttaqqin menerima rombongan dari SMK Puchong seramai 11 orang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan HEM dan guru-guru Pendidikan Islam. semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak demi meningkatkan fungsi dan peranan surau sebagai medan ilmu dan dakwah.











Friday, March 1, 2019

LAWATAN ORANG BESAR JAJAHAN MUALLIM KE SURAU RAUDHATUL MUTTAQIIN

Pada hari ini, 1 Mac 2019 SRM dikunjungi oleh Orang Besar Jajahan Muallim, YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal Bin Haji Ahmad. Suatu perjumpaan dengan Guru-Guru Pendidikan Islam SMKASR telah diadakan bagi membincangkan aktiviti dan perancangan bagi meningkatkan lagi prasarana surau.







Thursday, January 10, 2019

LAWATAN PENANDA ARAS SK KG. JAMBU, TAIPING

Surau Raudhatul Muttaqiin menerima tetamu lagi. Kali ini, Guru-guru dari SK Kg. Jambu, Taiping mengunjungi Surau yang serba indah ini.





Wednesday, October 24, 2018

Penilaian ASISS Peringkat Kebangsaan

Alhamdulillah.Pada hari ini 24 Oktober 2018 selesai penilaian Surau Imarah Sekolah2 KPM -Bank Islam kali ke-6 Surau Raudhatul Muttaqin, SMK Agama Slim River yang mewakili JPN Perak.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai-pegawai penilai dari BPI KPM yang diketuai oleh Tn Hj Arifuddin bin Abd.Hamid, Ketua Sektor Dakwah dan Kepimpinan, KPP SPI JPN Perak dan pegawai, pegawai-pegawai dari PPD Batang Padang dan Muallim, guru-guru SMK Agama Slim River, AKP dan anak-anak pelajar yang telah berusaha dengan gigih, dan memberikan komitmen yang tinggi -sebelum, semasa dan selepas penilaian.

Harapan kita semoga kita berjaya dengan cemerlang.
- Al-Fadhil Al-Ustaz Azman bin Yusof, Pengetua SMKASR

Image may contain: one or more people, shoes and indoor
Image may contain: 3 people, including Azman Yusof, people standing and outdoor
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing

Saturday, August 18, 2018

Surau Raudhatul Muttaqiin Menerima Tetamu Lagi

Pada 17 Ogos 2018, Surau Raudhatul Muttaqiin sekali lagi dikunjungi oleh pelawat sempena penilaian bagi Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2018. Surau Raudhatul Muttaqiin merupakan antara Bilik Rangkaian PSS SMKASR yang merupakan sekolah di dalam pusat sumber.