Sunday, September 30, 2018

Majlis Solat Hajat Perdana 2018 : Menitip Doa Kejayaan Pelajar PT3 &SPM

Pada 30 September 2018 telah berlangsung Majlis Solat Hajat Perdana di Surau Raudhatul Muttaqiin. Majlis ini bermula jam 2:30 petang dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh al-ustaz Ahmad Munawir bin Salehuddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan, JAIPk. Seterusnya diikuti oleh solat hajat dan bacaan Yasiin. Komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh ibu bapa pelajar dan juga guru-guru menitipkan doa akan pelajar- pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang dalam PT3 dan SPM yang akan menjelang.. Amiin Yaa Rabb..

Ustaz Munawir menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar



Kehadiran ibu bapa dan guru yang sungguh menggalakkan

Monday, September 24, 2018

FORUM PERDANA : MENYANTUNI ILMU MEMBAWA KEJAYAAN

Pada 24 September 2018 SURAUMU telah digegarkan dengan aktiviti forum perdana yang diadakan sempena Maal Hijrah 1440. Forum ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar tingkatan lima sebagai moderator dan panelis. Para panelis yang dijemput berjaya mengupas isu-isu berkaitan dengan topik "Menyantuni Ilmu membawa Kejayaan" dengan begitu baik sekali. Tahniah diucapkan kepada semua panelis.

Para panelis sangat berbakat dan berjaya mengupas topik yang diutarakan dengan baik sekali.
Moderator berjaya memainkan peranan yang baik dan merancakkan lagi forum tersebut

Audiens yang hadir terdiri daripada semua murid SMKASR dan guru-guru

Saturday, September 15, 2018

PELANCARAN BULAN DAKWAH DAN IHYA RAMADAN

Pada 31 haribulan Mei yang lalu sekolah telah menjalankan akiviti pelancaran Bulan Dakwah dan Ihya Ramadan bagi tahun 2018. aktiviti ini telah dijalankan di Surau Raudhatul Muttaqiin. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah solat hajat, bacaan Yasiin dan pelantikan imam dan bilal tarawikh. Semoga aktiviti yang dijalankan ini mendapat BARAKAH dariNya. Amiin.

Bacaan Yasiin

Solat Hajat

Pelantikan Imam dan Bilal Ramadan
 

Monday, September 3, 2018

MAJLIS ILMU DI SURAUMU

SURAUMU tidak lengang daripada aktiviti dan sentiasa diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu sama ada oleh guru-guru pendidikan Islam mahupun guru-guru akademik 
Cikgu Suhali membimbing anak muridnya dalam mata pelajaran ekonomi.

Ustaz Wan Khairuddin sedang menerangkan kaedah tatabahasa Arab kepada para pelajar. 


Anak Soleh Mendengar Kata

Tahniah kepada Al-Fadhil ustaz Khaled dan ustazah Teh Azizan serta GPI yang terlibat menjayakan program khas menyantuni pelajar-pelajar tingkatan dua yang telah diadakan di SURAUMU pada 3 September 2018.