Thursday, November 22, 2018

PENUTUP PROGRAM SKIM GALAKAN TAHFIZ JUNIOR 2018

Pada 22 September 2018, telah berlangsung Majlis Penutup dan Penyampaian Skim Galakan Tahfiz Junior 2018. Majlis telah dijalankan di Surau Raudhatul Muttaqiin dan dirasmikan oleh Ustaz Suhaimi bin Hamid, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, SPI, JPN Perak.

YBhg. Ustaz Suhaimi bin Hamid

Seramai 10 orang pelajar telah menerima penghargaan berupa wang tunai sebanyak antara RM20.00 ke RM30.00 berdasarkan tahap hafazan yang telah dicapai oleh mereka.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya, mudah-mudahan skim ini menjadi pendorong dan galakan kepada pelajar-pelajar di SMKASR menghafaz dan mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran.




Penyampaian Hadiah Skim Galakan Tahfiz Junior


Saturday, November 10, 2018

HALAQAH ILMU 4 BIDANG DI SURAU RAUDHATUL MUTTAQIIN



Terdapat empat tiang utama di dalam Surau Raudhatul Muttaqiin. Terinspirasikan daripada Masjid 4 Mazhab di Kaherah, Mesir di mana berlaku pengajian pelbagai aliran mazhab utama dalam Islam di sana dengan aman dan harmoni tanpa wujud provokasi dan perbalahan. Halaqah Ilmu 4 Bidang ini juga terinspirasikan dengan Halaqah-halaqah ilmu yang wujud di Masjidil Haram, Mekah.

Sehubungan itu, sesuai dengan objektif surau Raudhatul Mutaqiin dalam melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan beramal dalam segala aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek, serta berjaya di dunia dan di akhirat, maka keempat-empat tiang utama di surau ini dikhususkan kepada 4 bidang mata pelajaran selain daripada bidang Pendidikan Islam. Guru-guru mata pelajaran bidang-bidang berkenaan akan menggunakan Halaqah ini sebagai suatu alternatif bagi menjalankan aktiviti PdPc.



Meja khas untuk guru juga di sediakan di sini, manakala pelajar akan menggunakan rehal semasa aktiviti PdPc berlangsung di sini. Buku-buku rujukan juga disediakan di rak yang terdapat di setiap tiang ini. Pelajar-pelajar boleh merujuk buku-buku rujukan yang terdapat di sini ketika mereka mengulangkaji di surau.

Hal ini akan meluaskan lagi fungsi dan peranan Surau Raudhatul Muttaqiin yang tidak hanya menjadi tempat bagi aktiviti-aktiviti pendidikan islam dan bercorak keagamaan sahaja, bahkan menjadi tempat aktiviti pembelajaran bagi ilmu-ilmu akdemik lain.



Keempat-empat tiang ini diberi nama nama tokoh-tokoh Islam dalam bidang-bidang mata pelajaran berkenaan sebagaimana berikut :

1.    Bidang Bahasa : al-Marbawi/المربوي
a.     Mohammas Idris bin Abd Raof Al-Marbawi merupakan tokoh ilmuan islam Tanah Melayu yang meguasai ilmu bahasa Arab. Beliau telah menghasilkan karya-karya berharga kepada penuntut dan pejuang bahasa Arab di Malaysia.
b.    Antara karya agong yang dihasilkan oleh beliau ialah KAMUS DWI BAHASA ARAB-MELAYU AL-MARBAWI . pada tahun 1925. Kamus ini sangat masyhur pada waktu itu dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Ia terus digunakan sehingga ke hari ini dan telah diulang cetak berulang kali. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini.


2.    Bidang Kemanusiaan : al-Farabi/الفرابي
a.     Abu Al-Nasr Al-Farabi seorang tokoh terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi. Beliau boleh dianggap sebagai ahli falsafah Islam pertama yang mengemukakan sistem falsafah tersendiri yang holistik. Beliau digelar sebagai al-Mu’allim al-Tsani (Guru Kedua) dalam ilmu logik dan falsafah setelah Aristotle. Karya- karya beliau khususnya dalam bidang logik, klasifikasi ilmu dan politik masih dikaji di Timur dan Barat sehingga hari ini.
b.    Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang/
c.     Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti. Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal.

3.    Bidang Sains/Matematik : al-Kindi/الكندي
a.     Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi Al-Kindi merupakan seorang doktor.Beliau merupakan ahli farmakologi pertama untuk menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada dadah-dadah yang terdapat pada masa itu. Dalam matematik, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khas bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. al-Kindi juga mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arabs.
b.    Al-Kindi menulis sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh buah buku, kebanyakannya sumbangannya bagi geometri (tiga puluh dua buah buku), falsafah dan perubatan (dua puluh dua buah buku setiap satu), logik (sembilan buah buku), dan fizik (dua belas buah buku).


4.    Bidang Teknik/Vokasional : al-Jazari/الجزري
a.     Al-Jazari atau nama sebenarnya Badiuzzaman Abu Al-‘Iz Abu Bakr Ismail adalah seorang tokoh besar Islam dan tersohor dalam bidang kejuruteraan Mekanikal Binaan. Penemuannya dalam bidang tersebut merupakan contoh dan acuan bagi dunia arkitek pada masa kemajuan peradaban Arab dan Islam.
b.    Penemuan Al-Jazari berupa peralatan kejuruteraan dan peralatan industri. Penemuan Al-Jazari ini adalah berdasarkan bukunya “Fi Ma’rifat Al-Hiyal Al-Handasiyah” (Mengenali Alat Kejuruteraan). Buku ini diberi judul demikian kerana Al-Jazari mengabungkan pengetahuan ilmiah dan hasil percubaannya dalam membuat peralatan tersebut, sehingga jadilah peralatan yang uggul. Al-Jazari telah menulis buku ini dan melengkapinya dengan gambar-gambar dan berbagai bentuk penjelasan.

Friday, November 2, 2018

TAZKIRAH MAGHRIB

Malam ini pelajar bersama-sama dengan ustaz Abdul Halim dengan tazkirahnya berkenaan dengan akhlak dan adab pelajar bersama guru.







Thursday, November 1, 2018

RAUDHATUL SAKINAH

RAUDHATULSAKINAH dibina hasil inisiatif Dr. Khaled bin Mat, Guru Pendidikan Islam di SMKASR. Taman ini dibina di halaman kiri Surau Raudhatul Muttaqiin .


Antara objektif taman ini diwujudkan ialah untuk menjadikan taman ini sebagai tempat PdPc Pendidikan Islam dan menjalankan praktikal berkaitan dengan amalan di kubur dan pengurusan jenazah.

Terdapat tiga model kubur yang dibina iaitu kubur lelaki dewasa kubur, dan kubur kanak-kanak.

Model Kubur di Raudhatul Sakinah

Taman Raudhatul Sakinah bukan sahaja boleh dijadikan tempat pembelajaran bagi mata pelajaran pendidikan Islam, malah mata-mata pelajaran lain seperti Sivik, Sains, Goegrafi dan Sejarah.


Simulasi Bacaan Talqin dan Tahlil