Thursday, October 25, 2018

AL-FARABI (الفرابي)



Abu Al-Nasr Al-Farabi seorang tokoh terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi. Beliau boleh dianggap sebagai ahli falsafah Islam pertama yang mengemukakan sistem falsafah tersendiri yang holistik. Beliau digelar sebagai al-Mu’allim al-Tsani (Guru Kedua) dalam ilmu logik dan falsafah setelah Aristotle. Karya- karya beliau khususnya dalam bidang logik, klasifikasi ilmu dan politik masih dikaji di Timur dan Barat sehingga hari ini.


Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang.

Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti. Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal.

No comments:

Post a Comment