Monday, July 23, 2018

Majlis Penutup Rasmi Ihya Ramadan 2018

Pada 22 Ramadan 1439 H yang lalu, bersamaan 7 Jun 2018 telah berlangsung Majlis Penutupan Rasmi Ihya Ramadan pada tahun ini bertempat di Surau Raudhatul Muttaqiin. Majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Azhar bin Hj. Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Cyberjaya.

Antara pengisian dalam majlis ini ialah bacaan Yasiin, solat hajat, penyampain hadiah kepada pemenang pertandingan sempena program ini. majlis turut meraikan anak-anak pelajar yang kurang berkemapuan dengan sumbangan wang zakat dan "duit raya".

Dr. Hj. Azhar menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Ihya Ramadan 2018

No comments:

Post a Comment