Friday, July 27, 2018

FARDU AIN : TATACARA SOLAT



Slot Fardu Ain : Tatacara Solat di bawah bimbingan Tn Hj Abdul Halim bin Wahab bersama anak-anak pelajar SMKASR di SUARAMU

FORUM ISLAMI : SMKASR & SMALA





Kolaborasi dua panel SMKASR dan SMA al-Lughatil al-Arabiyah, Tangkak, Johor dalam Forum Islami di SURAUMU bertajuk "Sahsiah Pelajar" sempena lawatan penandararasan ke SMKA Slim River selama dua hari, 26 & 27 Julai 2018.

Wednesday, July 25, 2018

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Fi Rihab Raudhatil Muttaqiin




PERANCANGAN TAHUNAN
AKTIVITI BADAN DAKWAH DAN ROHANI 2018

Guru Penasihat : Ustaz Khaidir bin Mohamed Ali



BIL
AKTIVITI
TARIKH
TINDAKAN
1.
Solat Fardhu Berjemaah
Jan-Nov
Biro Aktiviti
2.
Solat Sunat Taubat dan Hajat
Jan-Nov
Biro Keselamatan
3.
Tazkirah
Jan-Nov
Biro Fizikal
4.
Bacaan Al-Mathurat
Jan-Nov
Biro Kebersihan
5.
Kuliah Subuh dan Maghrib
Jan-Nov
Biro Keselamatan
6.
Halaqah  Al-Quran
Jan-Nov
Biro Fizikal
7.
Tahfiz Junior
Jan-Nov
Biro Keselamatan
8.
Usrah Pelajar
Jan-Nov
Biro Peralatan
9.
Penghayatan Jumaat
Jan-Nov
Biro Keceriaan
10.
Qiamullail
Jan-Nov
Biro Aktiviti
11.
Risalah Al-Urwah
Jan-Nov
Biro Multimedia
12.
Siak Surau
Jan-Nov
Biro Kebersihan
13.
Solat Dhuha
Jan-Nov
Biro Fizikal
14.
Sambutan Maal Hijrah
September
Biro Pelaporan
15.
Sambutan Maulidur Rasul
November
Biro Multimedia
16.
Sambutan Isra’ Mikraj
April
Biro Pelaporan
17.
Nisfu Syaaban
Mei
Biro Kebersihan
18.
Kursus Imam dan Bilal
Januari
Biro Multimedia
19.
Kursus Pengurusan Jenazah
April
Biro Peralatan
20.
Berzanji/Marhaban/ZikirMunajat
Jan-Nov
Biro keceriaan
21.
Kelas Tahsin dan Tarannum
Jan-Nov
Biro Keceriaan
22.
MajlisTadarus Al-Quran (MTQ)
Februari/Mac
Biro Pelaporan
23.
Kursus Penyembelihan
September
Biro Peralatan
24.
Program Ihya Ramadan
Mei-Jun
Biro Aktiviti
25.
BulanDakwah
Mei-Jun
Biro Aktiviti

Tuesday, July 24, 2018

POHON SYURGA TIN DI SURAU RAUDHATUL MUTTAQIIN

Antara keistimewaan Surau Raudhatul Muttaqiin ialah Taman Syurgawi yang dikenali dengan nama JANNATU AT-TIN. Ia mula dibina pada tahun 2017 hasil inisiatif Ustaz Khaidir bin Mohamad Ali. JANNATU AT-TIN ini berjaya direalisasikan dengan sokongan kuat tuan pengetua, Ustaz Azman bin Yusof, PIBG serta kerjasama para guru dan murid-murid.






Monday, July 23, 2018

Majlis Penutup Rasmi Ihya Ramadan 2018

Pada 22 Ramadan 1439 H yang lalu, bersamaan 7 Jun 2018 telah berlangsung Majlis Penutupan Rasmi Ihya Ramadan pada tahun ini bertempat di Surau Raudhatul Muttaqiin. Majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Azhar bin Hj. Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Cyberjaya.

Antara pengisian dalam majlis ini ialah bacaan Yasiin, solat hajat, penyampain hadiah kepada pemenang pertandingan sempena program ini. majlis turut meraikan anak-anak pelajar yang kurang berkemapuan dengan sumbangan wang zakat dan "duit raya".

Dr. Hj. Azhar menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Ihya Ramadan 2018

Adab Berdebat Menurut Islam

DEFINISI DEBAT

Penyampaian dalil atau seumpamany oleh dua pihak yang berbeza pendapat dengan tujuan membela pendapat masing-masing, membatalkan hujah lawan dan mengubah kepada pendapat yang tepat dan benar menurut pandangannya.


DALIL DEBAT
   § Menurut Al-Qur'an, dalam Surah an-Nahlu, ayat 125 : 
   §   
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ.

   §  Menurut Sunnah dan Hadis Nabi SAW :

Contoh : Rasulullah berdebat dengan musyrikin Mekah, Nasrani Najran dan Yahudi Madinah.

Menurut kaedah:  (( مَا لَا يَتِمُّ إِلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ )).
Oleh itu, debat menjadi wajib

HUKUM UTAMA DEBAT
         1. Boleh, bagi sesiapa yang mampu atau luas dan mendalam ilmu pengetahuannya.

    2. Tidak boleh, bagi yang belum mampu. Golongan ini hendaklah menghindari diri daripada berdebat. 
§   
D
DEBAT YANG DILARANG
§ Memperdebatkan kewujudan Allah
§ Memperdebatkan kewujudan Al-Quran
§ Memperdebatkan ayat-ayat Allah

DEBAT YANG MAKRUH
   §  Memperdebatkan kebenaran yang sudah jelas dan nyata.

TUJUAN DEBAT
§  Menambah ketakwaan, iaitu mendekatkan pada Allah
§  Diniatkan untuk memastikan kebenaran yang benar dan membatilkan yang batil
§  Bukan untuk mencari publisiti, kedudukan, sokongan dan seumpamanya.
§  Diniatkan untuk memberi nasihat
§  Diawali dengan memuji Allah SWT dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW

SYARAT DEBAT
§  Memohon petunjuk daripada Allah
§  Mempersiapkan cara dan metod debat yang baik, ringkas dan padat
§  Bersetuju dan syarat perdebatan
§  Berdebat dengan orang kafir, bukan pada masalah cabang perundangan Islam
§  Suara tidak terlalu kuat
§  Tidak merendahkan dan menghina lawan
§  Sabar menghadapi karenah lawan
§  Tidak mencari kesalahan lawan
§  Mendengar dengan baik perkataan lawan
§  Wajah dihadapkan pada lawan
§  Tidak bersikap ‘ujub
§  Berdebat di tempat yang aman dan tidak mempersendakan agama

ETIKA DEBAT
§ Berdebat dengan orang yang dikehendaki sahaja
§ Tidak bermaksud untuk mengalahkan lawan
§ Tidak memanjangkan perdebatan ketika dan selepas itu
§ Tidak berdiskusi dengan orang yang tidak mendasari ilmu
§ Tidak takut untuk menerima kebenaran
§ Tidak boleh menggangu ketika lawan sedang berhujah

AKTIVITI BADAR 2018


AKTIVITI SURAU RAUDHATUL MUTTAQIIN TAHUN 2017