Monday, July 23, 2018

Adab Berdebat Menurut Islam

DEFINISI DEBAT

Penyampaian dalil atau seumpamany oleh dua pihak yang berbeza pendapat dengan tujuan membela pendapat masing-masing, membatalkan hujah lawan dan mengubah kepada pendapat yang tepat dan benar menurut pandangannya.


DALIL DEBAT
   § Menurut Al-Qur'an, dalam Surah an-Nahlu, ayat 125 : 
   §   
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ.

   §  Menurut Sunnah dan Hadis Nabi SAW :

Contoh : Rasulullah berdebat dengan musyrikin Mekah, Nasrani Najran dan Yahudi Madinah.

Menurut kaedah:  (( مَا لَا يَتِمُّ إِلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ )).
Oleh itu, debat menjadi wajib

HUKUM UTAMA DEBAT
         1. Boleh, bagi sesiapa yang mampu atau luas dan mendalam ilmu pengetahuannya.

    2. Tidak boleh, bagi yang belum mampu. Golongan ini hendaklah menghindari diri daripada berdebat. 
§   
D
DEBAT YANG DILARANG
§ Memperdebatkan kewujudan Allah
§ Memperdebatkan kewujudan Al-Quran
§ Memperdebatkan ayat-ayat Allah

DEBAT YANG MAKRUH
   §  Memperdebatkan kebenaran yang sudah jelas dan nyata.

TUJUAN DEBAT
§  Menambah ketakwaan, iaitu mendekatkan pada Allah
§  Diniatkan untuk memastikan kebenaran yang benar dan membatilkan yang batil
§  Bukan untuk mencari publisiti, kedudukan, sokongan dan seumpamanya.
§  Diniatkan untuk memberi nasihat
§  Diawali dengan memuji Allah SWT dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW

SYARAT DEBAT
§  Memohon petunjuk daripada Allah
§  Mempersiapkan cara dan metod debat yang baik, ringkas dan padat
§  Bersetuju dan syarat perdebatan
§  Berdebat dengan orang kafir, bukan pada masalah cabang perundangan Islam
§  Suara tidak terlalu kuat
§  Tidak merendahkan dan menghina lawan
§  Sabar menghadapi karenah lawan
§  Tidak mencari kesalahan lawan
§  Mendengar dengan baik perkataan lawan
§  Wajah dihadapkan pada lawan
§  Tidak bersikap ‘ujub
§  Berdebat di tempat yang aman dan tidak mempersendakan agama

ETIKA DEBAT
§ Berdebat dengan orang yang dikehendaki sahaja
§ Tidak bermaksud untuk mengalahkan lawan
§ Tidak memanjangkan perdebatan ketika dan selepas itu
§ Tidak berdiskusi dengan orang yang tidak mendasari ilmu
§ Tidak takut untuk menerima kebenaran
§ Tidak boleh menggangu ketika lawan sedang berhujah

No comments:

Post a Comment