Wednesday, October 10, 2018

إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر

Surau Raudhatul Muttaqiin menjadi surau yang sungguh makmur dengan aktiviti penyebaran ilmu di SMKA Slim River. Ia bukan sekadar tempat menunaikan solat dan menjalankan aktiviti keagamaan, bahkan ia turut sama menjadi pusat pembelajaran ilmu-ilmu akademik lain seperti matematik, bahasa Inggeris, ekonomi dan lain-lain lagi.

Ia selari dengan peranan masjid yang dibina pada zaman Nabi Muhammad SAW sebagai pusat pentadbiran sebuah kerajaan Islam pimpinan baginda Nabi SAW.  Semoga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini mendapat keberkatan dan kebaikan kepada semua.

 Cikgu Halim, guru Bahasa Melayu berpengalaman
 Ustazah Nurul Aini bersama pelajar-pelajar tingkatan dua
 Teacher Noor Laila, guru bahasa Inggeris
Pn. Zuraini menyelesaikan masalah matematik bersama-sama pelajar

No comments:

Post a Comment