Monday, October 22, 2018

MOHAMMAD BIN IDRIS AL-MARBAWI




Mohammad Idris bin Abd Raof Al-Marbawi merupakan tokoh ilmuan islam Tanah Melayu yang menguasai ilmu bahasa Arab. Beliau telah menghasilkan karya-karya berharga kepada penuntut dan pejuang bahasa Arab di Malaysia.


Antara karya agong yang dihasilkan oleh beliau ialah KAMUS DWI BAHASA ARAB-MELAYU AL-MARBAWI . pada tahun 1925. Kamus ini sangat masyhur pada waktu itu dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Ia terus digunakan sehingga ke hari ini dan telah diulang cetak berulang kali. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini.

Friday, October 12, 2018

Forum 25 Tahun SMKASR

@SURAUMU pada pada hari ini, 12 September 2018 telah berlangsung Forum khas sempena 25 Tahun SMKASR. Tiga orang alumni SMKASR telah menjadi panelis iaitu  saudara Najib, Imam Muda Naim dan brother Moer Syazlan. ketiga-tiga panelis merupakan antara alumni SMKASR yang berjaya dalam bidang masing-masing. Mereka banyak berkongsi pengalaman dan kenangan  manis-pahit selama menjadi pelajar di SMKASR. Mereka juga turut memberi tips-tips berharga buat adik-adik mereka di sini untuk menjadi insan yang berjaya dan berkahlak mulia.

Panelis Forum,dari kiri, Imam Muda Naim, Brother Meor Syazlan, dan Saudara Najib

Guru khusyuk mendengar 

Kehadiran guru turut memeriahkan forum

Semua khusyuk mendengar celoteh panelis

Full House


Wednesday, October 10, 2018

إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر

Surau Raudhatul Muttaqiin menjadi surau yang sungguh makmur dengan aktiviti penyebaran ilmu di SMKA Slim River. Ia bukan sekadar tempat menunaikan solat dan menjalankan aktiviti keagamaan, bahkan ia turut sama menjadi pusat pembelajaran ilmu-ilmu akademik lain seperti matematik, bahasa Inggeris, ekonomi dan lain-lain lagi.

Ia selari dengan peranan masjid yang dibina pada zaman Nabi Muhammad SAW sebagai pusat pentadbiran sebuah kerajaan Islam pimpinan baginda Nabi SAW.  Semoga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini mendapat keberkatan dan kebaikan kepada semua.

 Cikgu Halim, guru Bahasa Melayu berpengalaman
 Ustazah Nurul Aini bersama pelajar-pelajar tingkatan dua
 Teacher Noor Laila, guru bahasa Inggeris
Pn. Zuraini menyelesaikan masalah matematik bersama-sama pelajar

Wednesday, October 3, 2018

TAHFIZ JUNIOR : Melahirkan generasi Sriss Hafiz Al-Quran

@SUARAUMU, Program Tahfiz Junior dijalankan setiap hari Rabu minggu ke empat setiap bulan. Para pelajar dibimbing oleh Guru-guru Pendidikan Islam dan beberapa orang guru mursyid lain demi merealisasikan generasi Sriss yang HAFIZ AL-QURAN.
Mursyid membimbing bakal Hafiz Sriss