Proses pelupusan al-Quran lama Surau Raudhatul Muttaqiin berjalan dari 25 hingga 28 Oktober. Proses ini dilaksanakan oleh AJK BADAR dan dibantu oleh murid-murid tingkatan 3.
Sunday, October 28, 2018
Thursday, October 25, 2018
AL-FARABI (الفرابي)
Abu Al-Nasr Al-Farabi seorang tokoh terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi. Beliau boleh dianggap sebagai ahli falsafah Islam pertama yang mengemukakan sistem falsafah tersendiri yang holistik. Beliau digelar sebagai al-Mu’allim al-Tsani (Guru Kedua) dalam ilmu logik dan falsafah setelah Aristotle. Karya- karya beliau khususnya dalam bidang logik, klasifikasi ilmu dan politik masih dikaji di Timur dan Barat sehingga hari ini.
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang.
Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti. Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal.
Wednesday, October 24, 2018
Penilaian ASISS Peringkat Kebangsaan
Alhamdulillah.Pada hari ini 24 Oktober 2018 selesai penilaian Surau Imarah Sekolah2 KPM -Bank Islam kali ke-6 Surau Raudhatul Muttaqin, SMK Agama Slim River yang mewakili JPN Perak.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai-pegawai penilai dari BPI KPM yang diketuai oleh Tn Hj Arifuddin bin Abd.Hamid, Ketua Sektor Dakwah dan Kepimpinan, KPP SPI JPN Perak dan pegawai, pegawai-pegawai dari PPD Batang Padang dan Muallim, guru-guru SMK Agama Slim River, AKP dan anak-anak pelajar yang telah berusaha dengan gigih, dan memberikan komitmen yang tinggi -sebelum, semasa dan selepas penilaian.
Harapan kita semoga kita berjaya dengan cemerlang.
- Al-Fadhil Al-Ustaz Azman bin Yusof, Pengetua SMKASR
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai-pegawai penilai dari BPI KPM yang diketuai oleh Tn Hj Arifuddin bin Abd.Hamid, Ketua Sektor Dakwah dan Kepimpinan, KPP SPI JPN Perak dan pegawai, pegawai-pegawai dari PPD Batang Padang dan Muallim, guru-guru SMK Agama Slim River, AKP dan anak-anak pelajar yang telah berusaha dengan gigih, dan memberikan komitmen yang tinggi -sebelum, semasa dan selepas penilaian.
Harapan kita semoga kita berjaya dengan cemerlang.
- Al-Fadhil Al-Ustaz Azman bin Yusof, Pengetua SMKASR

Monday, October 22, 2018
MOHAMMAD BIN IDRIS AL-MARBAWI
Mohammad Idris bin Abd Raof Al-Marbawi merupakan tokoh ilmuan islam Tanah Melayu yang menguasai ilmu bahasa Arab. Beliau telah menghasilkan karya-karya berharga kepada penuntut dan pejuang bahasa Arab di Malaysia.
Antara karya agong yang dihasilkan oleh beliau ialah KAMUS DWI BAHASA ARAB-MELAYU AL-MARBAWI . pada tahun 1925. Kamus ini sangat masyhur pada waktu itu dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Ia terus digunakan sehingga ke hari ini dan telah diulang cetak berulang kali. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini.
Wednesday, October 17, 2018
Monday, October 15, 2018
Friday, October 12, 2018
Forum 25 Tahun SMKASR
@SURAUMU pada pada hari ini, 12 September 2018 telah berlangsung Forum khas sempena 25 Tahun SMKASR. Tiga orang alumni SMKASR telah menjadi panelis iaitu saudara Najib, Imam Muda Naim dan brother Moer Syazlan. ketiga-tiga panelis merupakan antara alumni SMKASR yang berjaya dalam bidang masing-masing. Mereka banyak berkongsi pengalaman dan kenangan manis-pahit selama menjadi pelajar di SMKASR. Mereka juga turut memberi tips-tips berharga buat adik-adik mereka di sini untuk menjadi insan yang berjaya dan berkahlak mulia.
Panelis Forum,dari kiri, Imam Muda Naim, Brother Meor Syazlan, dan Saudara Najib
Guru khusyuk mendengar
Kehadiran guru turut memeriahkan forum
Semua khusyuk mendengar celoteh panelis
Full House
Subscribe to:
Posts (Atom)
















